Ahad, 26 Jun 2011

AL-FATIHAH PENAWAR JIWA

   ALHAMDULILLAH...aku masih lagi di berikan peluang oleh ALLAH swt untuk menyedut rahmatnya pada hari ini dengan rahmat ini jugalah kita dapat menjalani kehidupan seharian kita.ALHAMDULILLAH....baru-baru ni aku ada terbaca 1 atikel tentang kebaikan jika sesorang hamba ALLAH itu mengamalkan surah AL-FATIHAH, rupa-2 nya surah pendek ini yang selalu kita baca ketika dalam solat banyak mengandungi khasiatnya dan penawar untuk JIWA contohnya dalam menghadapi masalah kekusutan minda, ketenteraman jiwa dan kesempurnaan hidup jadi saya tergerak hati untuk di kongsikan ke dalam blog ini untuk tatapan harian saya. Jadi mari kita baca dan ketahui serta amalkan fadilat Surah Al-Fatihah ini.




         "DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI."

   1. Untuk membuatkan seseorang (suami,isteri, anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada kita: Bacalah Surah Al-Fatihah ni sebanyak 14 kali sebelum tidur.

   2. Untuk megubati penyakit yang kritikal : Bacalah Surah ini sebanyak 41 kali dan tiupkan kedalam air.Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

   3. Untuk merawat masalah sakit kepala/sakit yang berkaitan otak: Bacalah Surah ini sebanyak 7 kali sambil usapkan kepala orang yang sakit lakukan 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari.

   4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau : Baca Surah ini sebanyak 3 kali dan di tiupkan dalam segelas air dan minum air yang sudah di tawarkan. kemudian baca Surah Al-Fatihah 1 kali sambil di usapkan di tempat yang sakit.

   5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis di tengah malam atau pada bila-bila masa sekalipun: Baca surah ini sebanyak 7 kali sambil mengusapkan di kepala bayi tersebut.

  6. Baca sebanyak 41 kali setelah qabliah subuh akan dikurniakan oleh ALLAH swt.
     a) Mudahkan kenaikan pangkat.
     b) Mendapatkan rezeki yang banyak.
     c) Dimudahkan membayar hutang.
     d) Disembukan dari segala penyakit.
     e) Orang yang lemah akan dikuatkan oleh ALLAH serta disegani dan dihormati.
     f) Disayangi oleh semua makluk
    g) Percakapan didengari orang

   Semua cara yang diterangkan di ataskan mendatangkan kesan tapi dengan syarat, kita mestilah yakin dan percaya bahawa Surah Al-Fatihah ini adalah sebaik-baik penawar untuk segala jenis penyakit (dengan kuasa ALLAH yang menjadikan Surah Al-Fatihah penuh keistimewaan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan