Sabtu, 13 Disember 2014

55 SUNNAH RASULULLAH.

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!m

Rabu, 10 Disember 2014

Flashback to school

Assalammualaikum...
Lama benar tidak menulis dalam blog ni, sambil di buai lagu jiwang favourite aku kumpulan Spin yang enak di nyanyikan oleh arwah Achik.entah macam mana tibe2 je teringat mase zaman remaja yakni mase di zaman persekolahan aku dulu yang banyak mengajar aku erti sebuah persahabatan dan juga............ kesannya sampai ke hari ini masih aku rasai keseronokan di alam persekolahan andai dapat di undurkan masa kebelakang pasti aku akan perbaiki segala kesilapan aku samaada dalam pembelajaran dan juga percintaan aku...oklah aku nak cerita sikit tentang seorang gadis yang telah menambat hati aku dan merupakan cinte pertama aku di zaman sekolah dulu..
Pertemuan aku dengan insan secara tidak segaja atau kebetulan tapi dia ni memang menjadi gadis idaman bagi pelajar2 lelaki di sekolah aku. Termasuk lah aku..tapi entah macam mana akibat perubahan kelas aku di masukkan satu kelas dengan dia aku pada mulanya biasa saje mungkin nak mengatal dengan dia tu mungkin tidak sebabnye aku ni dulu jenis yang kelakar dan lucu. Dan kawaw-kawan pun senang dengan aku dan terjadinya bibit berbunganya perasaan cinta tu apabila aku secara tidak langsung meluahkan secara berdepan yang aku suka dekat dia motifnya hanya untuk bergurau bkn nak serius pun...hampir kerap kali aku jumpa je dia aku akan cakap " aku suke dekat ko" berkali2  die pun pada mulanya agak jual mahal. Tapi mungkin dah terlalu kerap aku ungkap benda yang sama sedikit demi sedikit aku nampak perubahan yang ditunjukkan kepada aku, kalau dulunya die sorang yang nampak garang tapi bila aku bertentang mate dengannya dia akan mengukirkan senyuman yang manis dekat aku.
Sampai satu hari semasa pertemuan ahli rumah-rumah sukan rupa2nya dia satu rumah dengan aku dan Biru adalah warna favourite aku aku menegurnya dan dia dengan ramah sambil mengukirkan senyuman manis pada aku menjawap ape yang aku tanya pada dia. Dan bermula hari itulah kami menjadi semakin rapat dan akrap sehingga di suatu hari aku mendapat surat layang dan isi surat tu sudah cukup membuatkan aku senyum keseorangan kerana isi surat tu menceritakan segala2nya.
Tetapi percintaan di zaman sekolah tidak akn kekal kerana ALLAH telah menentukan hidup insan di muka bumi miliknya.
Hubungan kami hanya sebulan sebelum masing2 membuat keputusan untuk berpisah bagi menumpukan kepada pelajaran.
Sehiggalah habis SPM dan terus membuat haluan masing2 sehinggalah kami berumahtangga dengan pilihan hati masing2, tapi sehingga sekarang kami still masih berhubung tetapi berhubung sebagai seorang sahabat. Tapi walaubagaimanapun CINTA PERTAMA  tidak akan mudah dilupakan. Samaada aku ataupun dia.
Ada ketika sewaktu aku berwhaapps dengan dia aku akan meluahkan ape yang aku pendam kepada dia. Sehigga aku terpaksa membuatkan dia membenci aku sebabnya aku takut perasaan rindu aku pada dia tumbuh kembali.....Aku mintak MAAF banyak2 wahai SAHABATku.

Sabtu, 20 April 2013

Taman Negara Pahang kali ke-2 2013

ASlkm...syukur alhamdulillah berkat kesabaran yg d tunggu selama 3thn akhirnya kesampaian jgk, petang jaw 1530 aku bRsama team 'Ateam' akn sekali lg menjejakkan kaki ke taman negara pahang, tap kali keahlian perserta brtambah, kalau dl trip TNP yg 1st hanya lah 5 org shj tap trip TNP kali ni brtambah kpd 8 org 3 dr nya muka br yg akan menghangatkan suasana trip TNP ini nnt taniah kpd 3 ahli muka br PaliEcah,Fahmi chelah dn RizalCpc. 3 thn menunggu tapi hr ni cm menunggu waktu sj ingin ke sn. Xpa sabar2 xkn lari TNP d kejar hahaha...bersambung

Selasa, 17 April 2012

Lama menunggu...

Alhadulillah...sekian lama menunggu akhirnya masa yang dinanti tiba jugak segala perancangan yang sekian lama di buat berjaya jua akhirnya...kini perserta yang betul2 join akpidisi yang aku anjurkan hanya tinggal 10 orang sahaja nak buat macam mana masing2 ada masalah masing2 yang pentingg akpidisi ke Royal Belum tetap berjalan dengan lancar alhamdulillah semua perbelanjaan cukup untuk 3 hari 2 malam aku dan rakan2 aku dekat sana.

Rabu, 20 Julai 2011

Fenomena Kalimah "ALLAH" 2130 hrs

Subhanallah...itu je ucapan yang mampu aku keluarkan dari mulut tak kala aku di beri peluang untuk melihat Kalimah Maha Agong lagi Maha Besar di langit...keluarga aku semua dapat melihat Kalimah tersebut..ALLAHHUAKBAR mungkin itu la tanda apabila Xlama lagi kita ingin menyambut bulan RAMADHAN dan tanda2 kebesaranNya.
gambar di ambil dari google, yang aku bagi tad aku x ambil gambar al-maklum la kamera henset pun murah.

Ahad, 3 Julai 2011

Qada dan Qadal dah tertulis.


Alahamdulillah...aku bersyukur pada Allah yang maha Esa lagi maha penyayang kerana telah menberi petunjuk kepada aku pada hari ini, Mungkin tanpa petunjuk daripadanya aku mungkin terlupa tentang ketentuannya pada aku. Hari ini Qada dan Qadal aku telah pun ditentukan buat la macam mana sekali pusing sini dan pusing sana elak sini dan sana pasti jua akan berlaku cuma masa dan tempat saja kita tidak diberi tau sekarang mungkin kita berada di atas esok atau lusa dan selanjutnya kita tidak pasti dimana kita bakal berada di mana???. Hari ni aku telah diingat akan kuasaNya dan nikmat yang ia berikan kepada aku agar menggunakan sebaik yang mungkin tanpa NikmatNya aku akan bongkak akan kebodohan aku sendiri. Alhamdulillah...Hari ini pertama spanjang aku berkerja aku di panggil oleh pegawai aku kerana Cuai menjalan tugas dengan baik mungki sudah ketentuanNya hari ni hari aku mungkin ada hikmahnya tapi aku sebagai manusia tidak tahu apa di sebaliknya. Aku terima saja apa yang bakal belaku kelak.

Ahad, 26 Jun 2011

AL-FATIHAH PENAWAR JIWA

   ALHAMDULILLAH...aku masih lagi di berikan peluang oleh ALLAH swt untuk menyedut rahmatnya pada hari ini dengan rahmat ini jugalah kita dapat menjalani kehidupan seharian kita.ALHAMDULILLAH....baru-baru ni aku ada terbaca 1 atikel tentang kebaikan jika sesorang hamba ALLAH itu mengamalkan surah AL-FATIHAH, rupa-2 nya surah pendek ini yang selalu kita baca ketika dalam solat banyak mengandungi khasiatnya dan penawar untuk JIWA contohnya dalam menghadapi masalah kekusutan minda, ketenteraman jiwa dan kesempurnaan hidup jadi saya tergerak hati untuk di kongsikan ke dalam blog ini untuk tatapan harian saya. Jadi mari kita baca dan ketahui serta amalkan fadilat Surah Al-Fatihah ini.




         "DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI."

   1. Untuk membuatkan seseorang (suami,isteri, anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada kita: Bacalah Surah Al-Fatihah ni sebanyak 14 kali sebelum tidur.

   2. Untuk megubati penyakit yang kritikal : Bacalah Surah ini sebanyak 41 kali dan tiupkan kedalam air.Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

   3. Untuk merawat masalah sakit kepala/sakit yang berkaitan otak: Bacalah Surah ini sebanyak 7 kali sambil usapkan kepala orang yang sakit lakukan 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari.

   4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau : Baca Surah ini sebanyak 3 kali dan di tiupkan dalam segelas air dan minum air yang sudah di tawarkan. kemudian baca Surah Al-Fatihah 1 kali sambil di usapkan di tempat yang sakit.

   5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis di tengah malam atau pada bila-bila masa sekalipun: Baca surah ini sebanyak 7 kali sambil mengusapkan di kepala bayi tersebut.

  6. Baca sebanyak 41 kali setelah qabliah subuh akan dikurniakan oleh ALLAH swt.
     a) Mudahkan kenaikan pangkat.
     b) Mendapatkan rezeki yang banyak.
     c) Dimudahkan membayar hutang.
     d) Disembukan dari segala penyakit.
     e) Orang yang lemah akan dikuatkan oleh ALLAH serta disegani dan dihormati.
     f) Disayangi oleh semua makluk
    g) Percakapan didengari orang

   Semua cara yang diterangkan di ataskan mendatangkan kesan tapi dengan syarat, kita mestilah yakin dan percaya bahawa Surah Al-Fatihah ini adalah sebaik-baik penawar untuk segala jenis penyakit (dengan kuasa ALLAH yang menjadikan Surah Al-Fatihah penuh keistimewaan)

Jumaat, 17 Jun 2011

Mutiara doa :- " Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani".



 "Sebenarnya dalam kehidupan seharian kite ni hendaklah selalu di pagar dengan Ayat-ayat ALLAH yang Maha Mulia lagi Suci,bukan apa kekadang kite sebagai manusia sering kali lupe dan alfa tentang ape dan bakal terjadi dekat diri kite dan juga keluarge kita. Jadi sebagai seorang insan bergelar manusia yang lemah dan lagi hina hendaklah menginsafi tentang kelemahan yang ada pada diri kita ini. Kalau kita rujuk balik hadis daripada Rasul kita Nabi Muhammad swt ada megatakan tentang kebaikan dan kelebihan Al-Quran berkenaan penawar dan cara rawatan dengan hanya menggunakan kalimah-kalimah suci ALLAH kecuali bila AJAL datang menjemput itu memang tidak boleh berbuat apa. Jadi di bawah ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang Doa-doa yang paling mustajab untuk di jadikan amalan dalam kehidupan kita manusia".


 


           "DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI".

1) Doa ketika mendengar khabar KEMATIAN atau KEMALANGAN
  "Bahawasanya kami kepunyaan ALLAH dan bahawasanya kami kembali kepadanya"

2) Doa ketika KELUAR DARI RUMAH.
   "Dengan nama ALLAH (dalam keadaan) aku meyerahkan diri kepada ALLAH, tiada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan ALLAH jua.

3) Doa mengelak MUDARAT.
   "Dengan nama ALLAH yang dengan nama-Nya itu tidak akan mendatangkan MUDARAT sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah ALLAH Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

4) Doa apabila melihat sesuatu yang MENAKUTKAN
    "Aku berlindung dengan kalimah ALLAH yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan SYAITAN dan daripada kedatangan mereka kepada-Ku".

Selasa, 14 Jun 2011

Memori Taman Negare.


LOGO RASMI

 Aslkm..ni aku nk kongsi ckit la gambo kat bawoh ni mase aku & member aku gi ke taman negare pahang syok tau wei...tapi ade la bosan ckit mase tengahhari yele kawasan tempat aku berkhemah tu dah la panas cam dok dalAM OVEN panas wooo...tapi time petang syok la bayangkan lah makan megi kat dalam sungai memang mase tu kepla semue dah masuk air hahaha...sambil minum air kopi tau wei...memang mase tu orang kalu tengok mmg ckap kiteorang ni gile la heheheh...tapi bestttt...tapi kiteorg memang bernasib baik la tauu...nk tau kenape??? Emmm...yelekan kami semue ni ibarat kere masuk kampung bukan ruse masuk kampng tau tap kere hahaha...X tau ape2 la katekan tap nasib baik la ade hambe allah ni yang talong kami dari mule kami planing nk masuk ke taman negare hingge la kite org ni berangkat baLIK ke genting Alhamdulillah...baik org nye, klu kt tempat lain mungkin payah la nk jumpe orng macam ni. Tapi mase ke tempat org asli x bsempat nk bergambar aduhhhh....rugi plak ye la bkn yr blh gi selaLU pun, tapikan rase ralat la cikit bab x boleh nk merase bertarung dgn ikan kelah bab mase hari kiteorang last nAk keluo dari taman negare ade la 1 notis boleh memancing kat dalam taman negare rugi betoi la. tapi nasib baik la ade lagi hambe allah ni yang sudi jugak menolong kami die pun bawak la kami semue ni ke 1 lubuk ni name die lubuk kelembai name pun meyeramkan tapi tempat tu x pun, tempat tu dah macam rumah ke2 bagi kaki2 pancing kat kawasan 2 tau. Tapi hampeh langsung sekor pn xdak dpt ikan mungkin umpan x power kot tapi org yg memancing kat situ gune umpan roti je herannnn...cam mn la ikan kat sungai tu blh makan roti je confiuses tol la.



SEBELUM BERANGKAT
REHAT LA JAB
KHUSYUK DEGO CITE POK JAK
KS kene pacat
Tukang masak made in thailand
selamat tinggal
kaki pancing taman negara
mesra pelanggan
Pulau Agoh
mandi dulu di lubuk simpon
tempat tinggal
heeeeehaaaaa..
sebelum masuk ke taman negara
bot man

5 Jejaka hensome