Rabu, 10 Disember 2014

Flashback to school

Assalammualaikum...
Lama benar tidak menulis dalam blog ni, sambil di buai lagu jiwang favourite aku kumpulan Spin yang enak di nyanyikan oleh arwah Achik.entah macam mana tibe2 je teringat mase zaman remaja yakni mase di zaman persekolahan aku dulu yang banyak mengajar aku erti sebuah persahabatan dan juga............ kesannya sampai ke hari ini masih aku rasai keseronokan di alam persekolahan andai dapat di undurkan masa kebelakang pasti aku akan perbaiki segala kesilapan aku samaada dalam pembelajaran dan juga percintaan aku...oklah aku nak cerita sikit tentang seorang gadis yang telah menambat hati aku dan merupakan cinte pertama aku di zaman sekolah dulu..
Pertemuan aku dengan insan secara tidak segaja atau kebetulan tapi dia ni memang menjadi gadis idaman bagi pelajar2 lelaki di sekolah aku. Termasuk lah aku..tapi entah macam mana akibat perubahan kelas aku di masukkan satu kelas dengan dia aku pada mulanya biasa saje mungkin nak mengatal dengan dia tu mungkin tidak sebabnye aku ni dulu jenis yang kelakar dan lucu. Dan kawaw-kawan pun senang dengan aku dan terjadinya bibit berbunganya perasaan cinta tu apabila aku secara tidak langsung meluahkan secara berdepan yang aku suka dekat dia motifnya hanya untuk bergurau bkn nak serius pun...hampir kerap kali aku jumpa je dia aku akan cakap " aku suke dekat ko" berkali2  die pun pada mulanya agak jual mahal. Tapi mungkin dah terlalu kerap aku ungkap benda yang sama sedikit demi sedikit aku nampak perubahan yang ditunjukkan kepada aku, kalau dulunya die sorang yang nampak garang tapi bila aku bertentang mate dengannya dia akan mengukirkan senyuman yang manis dekat aku.
Sampai satu hari semasa pertemuan ahli rumah-rumah sukan rupa2nya dia satu rumah dengan aku dan Biru adalah warna favourite aku aku menegurnya dan dia dengan ramah sambil mengukirkan senyuman manis pada aku menjawap ape yang aku tanya pada dia. Dan bermula hari itulah kami menjadi semakin rapat dan akrap sehingga di suatu hari aku mendapat surat layang dan isi surat tu sudah cukup membuatkan aku senyum keseorangan kerana isi surat tu menceritakan segala2nya.
Tetapi percintaan di zaman sekolah tidak akn kekal kerana ALLAH telah menentukan hidup insan di muka bumi miliknya.
Hubungan kami hanya sebulan sebelum masing2 membuat keputusan untuk berpisah bagi menumpukan kepada pelajaran.
Sehiggalah habis SPM dan terus membuat haluan masing2 sehinggalah kami berumahtangga dengan pilihan hati masing2, tapi sehingga sekarang kami still masih berhubung tetapi berhubung sebagai seorang sahabat. Tapi walaubagaimanapun CINTA PERTAMA  tidak akan mudah dilupakan. Samaada aku ataupun dia.
Ada ketika sewaktu aku berwhaapps dengan dia aku akan meluahkan ape yang aku pendam kepada dia. Sehigga aku terpaksa membuatkan dia membenci aku sebabnya aku takut perasaan rindu aku pada dia tumbuh kembali.....Aku mintak MAAF banyak2 wahai SAHABATku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan